Thursday, 2 October 2014

~ Pengalaman Bekerja di UK ~

 
#JSM 2 - BAB XX: PENGALAMAN BEKERJA DI UK
 
Salam Oktober, semua!
 
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman seorang senior saya yang telah bekerja di #kerajaanyangbersatu. Alhamdulillah, beliau telah bergraduan sebagai pelajar ijazah Masters di University of Manchester, UK.
 
'Uncut and unedited.'
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekerja sambil belajar di Manchester
 
Terdapat banyak peluang untuk bekerja sementara mahupun sepenuh masa di Manchester. Sebagai seorang pelajar di Manchester, anda boleh bekerja dengan masa terhad semasa waktu belajar (ataupun ‘term time’) dan bekerja sepenuh masa ketika cuti. Semua ini bergantung pada syarat yang ditetapkan pada visa pelajar.
 
Sudah ramai pelajar yang bekerja semasa belajar di Manchester. Antara kerja-kerja yang di lakukan semasa belajar ialah sebagai research student, tutor, pembantu pelajaran, pembantu kedai, pembantu domestic, internship dan pelbagai lagi.
 
Dengan adanya pengalaman bekerja semasa belajar, pelajar akan mempunyai kelebihan ketika memohon kerja di masa hadapan kelak. Pengalaman bekerja sangat membantu ketika temuduga jenis tingkah laku kerana pelajar boleh bercerita tentang pengalaman ketika bekerja dahulu.
 
Untuk mencari kerja, pelajar boleh menggunakan pelbagai cara. Banyak kerja-kerja diiklankan di internet, di tempat-tempat kerja seperti kedai dan boleh bertanya pada orang-orang yang tahu. Antara website yang boleh digunakan oleh pelajar ialah career website oleh university masing-masing. Sebagai seorang bekas pelajar University of Manchester saya dapati website ‘careerslink’ sangat membantu. Website ini sangat berguna kerana kerja-kerja sambilan di university kebanyakkannya di iklankan di sini berbanding laman web lain.
 
Ingin saya kongsikan pengalaman saya bekerja sebagai ‘Teaching Assistant’ ataupun pembantu pelajaran dalam mata pelajaran Advanced Mass Transfer di University of Manchester. Jawatan ini biasanya dipelopori oleh pelajar-pelajar pHD, namun jika ada kekosongan ianya juga akan di buka kepada pelajar tahun akhir ijazah Master. Ketika itu pensyarah saya kekurangan orang untuk bekerja dengannya, maka dia mengiklankan kepada semua pelajar tahun akhir Master. Alhamdulillah saya diterima bekerja. Gaji agak lumayan dan paling penting pengalaman bekerja tersebut.
           
Justeru itu, kepada seorang pelajar-pelajar baru rebutlah peluang keemasan ini. Belajar lah rajin-rajin dan dapatkan markah yang baik. Bila sudah bekerja pastikan anda membahagi masa dengan baik. Jangan jadikan bekerja sambal belajar sebagai alasan untuk prestasi yang tidak memberangsangkan.
 
Kepada yang beragama Islam, sebagai seorang hamba Allah, kita perlu lah menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain kerana ia adalah salah satu cara berdakwah.
 
Sekian.
 
Ditulis oleh:-
Saudara Muhamad Amir Bin Mohd Fadzil
Chemical Engineering
University of Manchester, UK
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Harap ia dapat membantu anda!
 
:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)