Tuesday 17 February 2015

DKYB #100

[ DKYB #100 ]
 
KAT MANA NAK SEMBAHYANG?


Teringat semasa penulis berada di Malaysia, di mana-mana tempat tarikan, di situ mesti ada surau kecil. Pusat beli-belah, zoo, muzium, hotel. Kalau tiada pun, akan ada surau berdekatan dengan lokasi kita.

Tapi, kat Kerajaan Yang Bersatu (UK), gereja tumbuh macam cendawan. Siap ada 2-3 gereja terletak sebelah-menyebelah, tak sampai 100-300 meter jauhnya. Kenapa? Sebab setiap satu gereja ada mazhabnya/ pegangan yang berbeza. Contohnya: Protestant, Anglican, Methodist, Unified, Catholic, baptist, free.

Persoalannya, katakan anda sedang berjalan-jalan di bandar atau di suburban, tiba-tiba masuk waktu, Kat mana nak solat?

Takkan nak solat kat gereja?
Takkan tak solat langsung?
Takkan nak qada' solat nanti bila balik rumah?

Ingatlah, Islam agama yang mudah dan memudahkan, bagi mereka yang betul-betul memahaminya.

Jadi, kat mana nak solat?

Berikut adalah panduan menyediakan / mencari tempat solat (jika tiada surau/ masjid berdekatan anda):

1. Pastikan tempat itu bersih. Suci dari najis dan kotoran, yang mungkin menggangu fokus solat.

2. Pastikan tempat itu tidak memberi halangan kepada sesiapa yang ingin melalui tempat/ kawasan itu.

3. Meminta izin tuan empunya tempat  (jika mampu) agar dia tahu akan tujuan kita menggunakan tempat ini.

4. Pastikan anda dapat menyediakan wuduk (atau tayammum jika tiada air) dari tempat itu, atau berdekatan dengannya.

Sebagai seorang pelajar, yang mana jadualnya sentiasa padat dengan kuliah, kelas dan eksperimen, anda mungkin tidak dapat mengejar jemaah pada awal waktu.

Contohnya: anda ada kelas pada pukul 3.00-4.00 petang (waktu musim sejuk- akhir November). Jemaah Maghrib sentiasa on-time, sekitar pukul 3.26 petang.

Berbalik pada isu utama: Kat mana nak solat?

Sungguh, di UK, ada tempat yang menyediakan multi-faith prayer room. Bilik ini mengandungi pelbagai bahan rujukan berbilang agama, dari kitab suci Al-Quran, tasbih, bible yang tebal, Rig Veda dalam Bahasa lama.

Jadi, saya memilih untuk solat di situ. Ada juga saat berjemaah dalam bilik itu. Sampaikan solat Jumaat pun dilakukan di situ.

Ada juga masanya, saya solat di koridor, di bawah tangga, dalam bilik mesyuarat, tepi panggung wayang, di depan muzium.

Mudahkan Islam?
Lagi-lagi rukshah (keringanan) yang diberikan kepada musafir.
Begitu juga rukshah kepada mereka yang sakit, mereka yang kurang berkemampuan, dan juga mereka yang terdesak (yakni kesempitan ruang dan masa).

Yang paling ohsem bila ada non-Muslim tiba-tiba mendekati kita selepas habis solat.

"What are you doing, young man?"

Kerana saat itulah kita boleh ceritakan betapa ohsemnya dan mudahnya agama Islam. Betapa mulianya dan hebatnya syiar agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Sampai ada satu ketika, penulis sedang membeli belah di sebuah kedai serbaneka di bandar bersama rakan-rakan sepengajian. Ketika itu, waktunya petang (dan Asar baru sahaja masuk waktunya). Saya berasa cemas.

Nak solat di mana? Saya tersasul perkataan pray (solat) secara tidak sedar.
Tiba-tiba, pemilik kedai, seorang non-Muslim berkata:
"Wait a minute, let me prepare a room for you to pray."

Sungguh, solat penentu kejayaan. Jangan dikira belajar tinggi-tinggi, tapi solat tunggang-langgang.


******

Salah satu pengalaman penulis adalah ketika berada di Glasglow, Scotland tahun lepas.

Semasa tiba di sana, sudah masuk waktu Zuhur. Saya pun berpusing-pusing sekitar Bandar, untuk mencari surau/ masjid. Tiba-tiba, ada pakcik perhatikan saya, pastu mendekati, sambil berkata:
"Are you lost, son? Looking for something?"

"Oh, I'm looking for a place/ spot to pray."

"Pray? I see. Come with me."

Dengan bekpek berisi 10 kg di belakang, aku pun beranikan diri mengikuti pakcik tu.

Jalan-jalan sampai ke satu kedai. Kedai fastfood takeaway.

"Come here."

Dia membawa aku ke dalam dapur. Sambil berkata kepada rakan sekerjanya dalam bahasa Arab-Pakistan, dia memberikan aku sehelai sejadah, sambil berkata:

'Son, here's the direction to Qibla (sambil menunjuk tangan kanannya ke arah selatan)."

(bersambung...)

17.2.15
20:00
Birmingham, UK
Ash End


 
 



No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)