Sunday 27 October 2013

~ Penjimatan Masa Cahaya Siang ~

~ Penjimatan Masa Cahaya Siang ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, Khatimul Anbiya'.

*****
Pemandangan pada pukul 5.45 petang, 25/10/13
Hari ini hari Ahad.
Satu hari yang istimewa, unik.
Kenapa?

Pontianak hilang 1 jam...
Bagi mereka yang sedang berada di Benua Amerika dan Eropah, yakni di bumi United States of America, United Kingdom dan Europe Continent,  inilah hari di mana berlakunya Daylight Saving Time atau  'Penjimatan Masa Cahaya Siang'.

Di Eropah, peristiwa ini dikenali sebagai  British Summer Time, atau 'Masa Musim Panas Britain'
Fenomena ini berlaku dua kali setahun. Yang pertama jatuh pada hari Ahad terakhir bulan Mac, manakala yang kedua pula pada hari Ahad terakhir bulan Oktober.

Pada tahun 2013, peristiwa ini berlaku masing-masing pada 31 Mac dan 27 Oktober.

[ EDIT ]
Pada tahun 2014, ia berlaku pada 30 Mac dan 26 Oktober.
Pada tahun 2015, ia berlaku pada 29 Mac dan 25 Oktober.
Pada tahun 2016, ia berlaku pada 27 Mac dan 30 Oktober.

Maka, apakah implikasi peristiwa ini kepada mereka yang terlibat?

****
Baik, penulis ingin memberi contoh pada waktu artikel pendek/ post ini ditulis, yakni pada 27 Oktober 2013:

Masa akan diawalkan sebanyak satu jam.

Interpratasi: Pada pukul 2.00 pagi Waktu Tempatan (WT) 27 Oktober 2013, ia akan mengambil masa satu jam dan satu minit untuk berubah kepada pukul 2.01. Pelik, bukan? Seolah-olah anda kembali kepada satu jam terdahulu.

Begitu juga pada pukul 1.00 pagi WT 30 Mac 2014 akan datang, ia mengambil masa satu jam dan satu minit untuk berubah kepada pukul 3.01 pagi. Sekali lagi, pelik bukan? Seolah- olah anda telah kehilangan satu jam bermakna.

****

Jadi pada 27 Mac 2016:

Masa akan dilewatkan selama satu jam.

Interpratasi: Pada pukul 1.00 pagi WT 27 Mac 2014 akan datang, ia mengambil masa satu jam dan satu minit untuk berubah kepada pukul 3.01 pagi hari yang sama. Sekali lagi, pelik bukan? Seolah- olah anda telah kehilangan satu jam bermakna.

RISE!!!
******

Penulis di sini ingin menceritakan 'Penjimatan Masa Cahaya Siang' dan 'Masa Musim Panas Britain' secara ringkas.
Peristiwa ini sangat penting.

Maka, janganlah terkejut jika anda bangun keesokan hari, Isnin, 28 Mac 2016, terdapat beberapa perubahan drastik.
Antaranya ialah:

1. Waktu solat dilewatkan sebanyak satu jam, terutamanya solat Zohor, Asar dan Maghrib.
Sebelum ini, anda terkejut apabila Zohor bermula pada pukul 12.00 tengah hari, Asar (2.15 petang) dan Maghrib (4.45 petang). Sekarang ia kembali seperti biasa. Cuma Subuh semakin awal, dan Maghrib semakin lewat (sekitar pukul 7.15 malam). {#1}

2. Siang panjang, malam pendek.  
Musim bunga/ panas bakal menjelma. Di sini (Manchester), keadaan sekitar pada pukul 3.30 petang WT seolah-olah pukul 12.00 tengah hari. Ya, cerah benderang Langit berwarna cerah. Mendung. (Tapi selalu hujan di sini =D) {#2}

3. Kedai dan pusat perkhidmatan tutup lewat.
Selalunya, kedai tutup pada pukul 5.00 petang. Tetapi, sekarang ia tutup pada pukul 6.00-7.00 petang.{#3}

4. Beza masa antara UK/Europe dan Malaysia
Kalau sebelum ini, tempoh perbezaan zon waktu ialah 8 jam. Sekarang ia menjadi 7 jam. Maknanya, kalau WT di Manchester pukul 3.00 petang, masa di Malaysia adalah jam 11.00 malam hari yang sama. Apabila BST (antara Mac-Oktober), waktu di Malaysia adalah jam 10.00 malam.

Maka tiada lagi GST +0. Sekarang ia kembali kepada GST+1

(GST di sini bermaksud Greenwich Standard Time, bukan Goods and Service Tax, ya!)

*****
Yang penting sebenarnya, gunakanlah masa dengan sebaik-baik. Tidak terbeli akan satu minit yang terdahulu, walaupun dibayar dengan segunung emas. Tidak terganti satu saat berlalu, sungguhpun diberi tukaran sama banyak.




Nota kaki:
#1- Sila rujuk pada kawasan tempatan anda untuk mengetahui waktu solat harian.
Klik di sini untuk mencari bandar/ pecan tempatan anda dan dapatkan jadual solat harian anda!

#2- Manchester - tempat pengajian penulis pada waktu artikel ini ditulis.
Klik di sini untuk ramalan cuaca di kawasan tempatan anda!

#3- Peristiwa ini hanya tertakluk di kawasan United Kingdom, Ireland, America dan the European continent.
Pukul 8.00 malam WT, 25/10/13
*****
Kredit:-
1. Hannan.
2. Kegelapan malam

BGM:-
1. Time- Hans Zimmer

sejamsudahmasaberlalu
22121434
0800

Diolah semula pada: 23/10/2014 (pertama), 24/10/2015 (kali kedua), 26/3/2016 (kali ketiga)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)