Monday 18 August 2014

~ Sebulan Pertama di Universiti ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.

 *****

Berikut adalah bab 2 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'
#JSM - BAB XX: SEBULAN PERTAMA DI UK.
Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebaik sahaja anda menjejak kaki ke sini (istilahnya: touchdown). Memang benar anda akan merasa kesunyian, keseorangan dan rindu akan keluarga dan kawan di tanah air. Tapi, bukan anda seorang sahaja yang merasai kesedihan itu.


Rindu? Gunakan Skype. 
Okay, perkara ini terbatal sama sekali jika anda pernah mengharungi zaman sekolah berasrama sewaktu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5/6. Sebab anda tidak akan merasa apa-apa. Serius. Kosong, macam dahulu. Dah terbiasa agaknya. Mungkin ada, tapi sikit je kot.


Berikut adalah checklist untuk sebulan pertama anda di sini (UK). Tidak semestinya mengikut urutan seperti apa yang tertulis di bawah, tapi lebih cepat anda berjaya menyempurnakan senarai di bawah, lebih senang anda pada masa akan datang.

1. Pendaftaran Tempat Tinggal (Hall atau House)

2. Pendaftaran Utama di Universiti

3. Pendaftaran Pelajar di Fakulti (School)

4. Pembukaan Akaun Bank

5. Jalan-jalan sekitar Kampus

6. Jalan-jalan sekitar Bandar

7. Pembelian Barangan Keperluan

8. Suai Kenal dengan Senior

9. Berintraksi dengan Komuniti Tempatan

10. Melawat bakal Kelas/ Dewan Kuliah

 

1. Pendaftaran Tempat Tinggal (Hall atau House)


University Hall
Sama ada anda telah menempah dan membayar deposit untuk tempat tinggal anda, atau masih terkial-kial mencari rumah, pastikan semua dokumen berkaitan dengan pemilikan dan pembayaran sewa disimpan elok. Rumah sewa ternyata lebih murah sewa bulanannya berbanding tinggal di Hall, namun anda kena bertanggungjawab sepenuhnya untuk isu maintenance dan sekuriti.

Jika mampu, sediakan kunci pendua untuk bilik/ rumah anda. Kunci ini sangat berguna di kala kecemasan. Bayar sewa bulanan pertama anda sebelum tiba tarikh akhir (due date), atau anda boleh dikenakan penalti.

2. Pendaftaran Utama di Universiti

University Place dan Whitworth Hall: venue utama pendaftaran
Ingatkah saat anda terkejar-kejar menaiki bas, menunggu sehingga dua jam lamanya dan berulang-alik semata-mata untuk menyempurnakan pemohonan visa anda? Kali ini, kerja anda mudah sahaja. Bawa segala dokumen penting (yang asli, tau!) bersama paspot anda untuk mengesahkan kehadiran anda ke university berkenaan. Untungnya, anda tidak perlu mengisi borang, Cuma hadirkan diri dan serahkan dokumen. Mudah bukan? Sebaik anda selesai mendaftarkan diri, anda akan menerima sekeping kad. Ini kad pelajar anda. Ia sangat penting, jadi jangan hilangkannya. Kad inilah yang memberikan anda akses ke bangunan dan kemudahan universiti. Contohnya, bilik IT, perpustakaan, dewan kuliah, dan peminjaman buku. Kad ini juga membuktikan bahawa anda adalah seorang pelajar rasmi Universiti tersebut.

3. Pendaftaran Pelajar di Fakulti (School)

Bangunan Manchester Business School (MBS)
Berbeza dangan pendaftaran utama di atas, anda perlu mendaftarkan diri sekali lagi di fakulti masing-masing untuk tujuan pembahagian kumpulan dan kelas. Anda mungkin akan belajar di dalam saiz kelas yang kecil, atau mendengar kuliah di dalam dewan yang besar. Bergantung kepada kursus masing-masing. Bagi pelajar Masters atau Phd, pendaftaran ini menentukan tajuk kajian anda dan memilih (atau diberikan) projek. Anda akan mengenali tutor dan/ atau pengarah projek (supervisor) anda, jadi gunakan peluang ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin daripada mereka.

4. Pembukaan Akaun Bank
Untuk maklumat lanjut, sila baca di sini:
Bab 8: Bank, Harga dan Ekonomi


5. Jalan-jalan sekitar Kampus

Lakaran peta kampus University of Manchester
“Tak kenal makan tak cinta”. Oleh itu, rajin-rajinkan diri anda berjalan sekitar kawasan kampus. Sekurang-kurangnya anda tahu di mana pejabat pentadbiran (admin office), pusat khidmat pelajar (student customer service), perpustakaan, dewan kuliah, dewan makan (nanti lapar datang rembat makanan), tandas (manalah tahu :3 ) dan surau/ bilik solat. Kalau sukar, pastikan anda mempunyai satu Salinan peta kampus anda. Ia boleh didapati secara percuma di kampus. Simpan satu salianan saiz poket bersama anda sepanjang masa. Semestinya, anda akan terhafal serta merta dalam masa 2-3 bulan anda berada di sini. Malah, anda boleh menganggarkan tempoh masa yang diperlukan jika anda berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain.

6. Jalan-jalan sekitar Bandar

Kawasan Market Street
Selalunya, Universiti utama di UK terletak berhampiran dengan kawasan Bandar. Tidak perlu menaiki kapal terbang. Dengan hanya berjalan setengah jam, atau menaiki bas selama 10 minit perjalanan, anda boleh menghabiskan masa di dalam perkarangan Bandar. Pusat beli-belah, kedai pakaian berjenama, pejabat pos, kedai buku, stesen bas, stesen kereta api, hospital, kedai makan dan restoran dan masjid boleh didapati di sana. Bar, pub dan pusat hiburan juga ada. Pendek kata, segala keperluan anda boleh didapati di Bandar (baik, mungkin bukan semua). Jadi, jom makan angin di sekitar Bandar. Nanti, kalau bosan, dating la ke sini bersama rakan.

7. Pembelian Barangan Keperluan
Jika anda datang seawal bulan 8, kebanyakkan kedai mengadakan jualan murah musim panas (summer sale). Barangan dijual  dengan harga yang murah dan berpatutan. Duvet, cadar, bantal, peralatan memasak dan bahan makanan boleh didapati dengan tawaran yang pasti membuatkan anda tergoda (sampai duit kat tangan habis licin). Belian secara maya (Online purchase) selalunya menawarkan diskaun dan harga pukal. Maka, tidak perlu risau kerana sepasang baju sejuk dan sehelai jaket kalis hujan dan angin sudah cukup sebagai bekalan di awal bulan. 

8. Suai Kenal dengan Senior
Siapa senior? Mereka sudah lama berada di sini. Sudah setahun dua menghabiskan masa mencari pengalaman dan menemui suka duka kehidupan. Merekalah orang yang anda patut rapat, selain pensyarah anda. Merekalah yang menjemput anda di balain ketibaan, menemani anda membeli barang dan menolong anda untuk tujaun pendaftaran. Jadi, berkawanlah dengan mereka sebaik mungkin. Tapi harus dingati, mereka lebih tua daripada anda, maka hormatilah mereka.

9. Berintraksi dengan Komuniti Tempatan
Cuba anda bermain bola, atau futsal dengan mat saleh di sini. Confirm tergelak. Latihkan diri anda speaking dengan mereka. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dan lebih fasih berbahasa Inggeris.

10. Melawat bakal Kelas/ Dewan Kuliah

Apabila anda tersalah masuk bilik kuliah, dan semua orang memandang anda...
Pastikan anda tahu apa nama kursus anda dan di mana kelas selalunya dijalankan. Secara amnya, setiap fakulti mempunyai dewan kuliahnya yang tersendiri.Jangan sampai hari kelas pertama anda, anda sesat tak tentu arah. Dah lama sesat, pastu termasuk kuliah subjek lain. Itu yang tak tahan.
Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.
 

Haniff Nasir

18 August 2014
0243
Cholton-on-Medlock, Manchester

 

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)