Monday 18 August 2014

~ Bank, Harga dan Ekonomi ~

Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhamad SAW, Penghulu segala Nabi.

 

*****

Berikut adalah bab 8 daripada 11 bab bersiri untuk projek 'Studying in UK For Dummies: For Malaysian, By Malaysian (Fresher's Edition)'


#JSM - BAB XX: BANK, HARGA DAN EKONOMI.
(A) Bank

Perkara ini sangat penting kerana: anda mungkin tiba di sini dengan gulungan wang kertas Pound di dalam beg atau baju (taktik terkenal pelajar baru), atau anda ingin membeli sesuatu tapi tidak akan akaun untuk urusan transaksi. Terdapat beberapa bank atau persatuan bangunan (building society) yang ada di UK, antaranya:

IV) Natwest (National Westminster): http://www.natwest.com/
VII) Yorkshire BS: http://www.ybonline.co.uk/
 
Untuk mendaftar akaun baru, anda memerlukan sekeping surat tawaran rasmi Universiti (yang menunjukkan anda ambil kursus apa, berapa lama tempohnya dan tinggal di mana). Sila bawa sekali pasport dan wang deposit untuk kemasukan pertama.

PERHATIAN! Selagi anda tidak mendaftarkan diri sebagai pelajar antarabangsa di Universiti, selagi itu anda tidak dapat meneruskan urusan ini.


Perlu diingatkan, tiada bank yang beroperasi mengikut perbankan Syariah (Islamic Banking).
Namun, untuk kemasahalatan bersama, saya sarannkan anda memilih Lloyds (seperti saya) atas dua sebab: profil ekonominya yang stabil dan kemudahan untuk simpanan dengan kadar rata sifar (zero-interest savings). Bank lain pun ada menyediakan akaun yang sesuai untuk golongan pelajar, seperti Student Additional Account (Barclays) dan Money Saver (Halifax)


Kebanyakkan kedai di sini menyediakan khidmat bayaran secara debit untuk traksaksi jual beli. Ini termasuk pasaraya, restoran, kedai barangan, perkhidmatan dan bayaran utiliti. Maka tidak hairanlah jika ditanya kepada pelajar Malaysia, mereka selalunya membawa tidak lebih daripada GBP 5-10 di dalam dompet mereka.

Contoh kad debit Barclays
Rata-rata bank memberi kemudahan kad debit dengan sistem sekuriti yang sangat cangggih. 2 kali PIN anda tersalah masuk, dan kad anda akan terbatal serta-merta. Setiap bank mempunyai kod susunan (sort code) di mana pembayaran online dan pemindahan wang dapat dilakukan dengan lebih mudah. (Mana ada benda camni kat Malaysia)

Untuk memudahkan urusan anda, sediakan dua akaun bank. Akaun pertama berbentuk akaun semasa, dan mempunyai akses kepada kad debit/ ATM. Akaun kedua berbentuk akaun simpanan, dan ini akan digunakan tatkala dalam kecemasan.
 
(B) Harga
Di Malaysia, cukai dikenakan ke atas barangan berasaskan keperluan harian dan perkhidmatan. Namanya; Cukai Barangan dan Perkhidmatan (yakni Good and Service Tax). Sehingga kini, GST dikenakan sebanyak 6% daripada harga barang. Pada April 2015, kadar baru diperkenalkan untuk sistem GST.

GST: Good & Service Tax
 Berbeza pula di sini (UK), semua barangan dikenakan cukai. Namanya; Cukai Nilai Tambahan (yakni Value Added Tax). VAT dikenakan sebanyak 20% daripada harga barang. Contohnya, jika sebuah beg berharga GBP 10, anda perlu membayar sebanyak GBP 12. Barangan digital dan elektonik paling terkesan akibat cukai ini. Maka, jangan terkejut jika sebuah mesin pencetak mempunyai nilai harga yang sama dengan sebuah katrij dakwat untuk pencetak tersebut.

VAT: Value Added Tax
Secara amnya, kadar tukaran (exchange rate) adalah sekitar RM 5.20- 5.60 bagi setiap GBP 1.00. Jangan gunakan kaedah ini jika ingin membeli sesuatu di sini, kerana confirm anda takkan membeli apa-apa (Manakan tidak, air tin berharga GBP 0.80 (=RM 3.70). Mahal bukan?)


Di sebalik kemahalan harga tersebut, jika anda bijak berbelanja, anda dapat berjimat sebanyak mungkin (Kelebihan kepada mereka yang belajar ilmu Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Kewangan). Jualan murah kerap diadakan di gedung membeli belah, dan jangan lupa, Hari Kotak (Boxing Day)!

Bacaan lanjut: http://en.wikipedia.org/wiki/Boxing_Day
 
Boxing Day! Haha.
 
(C) EKONOMI
Ekonomi mata wang Pounds Sterling sangat kukuh. Buktinya, ia kini matawang yang termahal selepas Euro (RM 4.41) dan Dollar US (RM 3.80).
Semak kadar tukaran di sini: http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=GBP&To=MYR


Duit syiling di UK.
Baris atas, dari sebelah kiri: 1p, 2p, 5p, 10p
Baris bawah, dari sebelah kiri: 20p, 50p, £1, £2

Seperti golongan pekerja (moden dan buruh) Indonesia yang menjadi jutawan di tempat mereka setelah bekerja di Malaysia, saya syorkan anda supaya simpan duit elok-elok, kerana anda akan untung untuk jangka masa lama

Jadi, kepada sesiapa yang ingin berkahwin, sila mula menabung mulai daripada sekarang.

Penulis seorang pelajar kejuruteraan, jadi bab ini saya akan huraikan kemudian, setelah menerima komen dan pendapat kalian.

Banyak lagi perkara yang saya ingin kongsikan, namun itu saya ceritakan di kemudian hari.

Haniff Nasir
18 August 2014
1027
Cholton-on-Medlock, Manchester
 

4 comments:

  1. Bukan lloyds bank ada islamic current account ke?

    ReplyDelete
  2. *SPOILER*
    ...
    ...
    ...
    Ada, tapi bukan secara umum. Ramai tak tahu benda ni.
    Panduan ini untuk semua pelajar, tak kira bangsa. Kena datang ke kaunter bank, tanya:-
    "Akak, Islamic-based account ada x?"

    ReplyDelete
  3. Salam,
    (yang bawah ni just for muslim student guide)

    Di UK ade je bank islamic - via Islamic windows

    HSBC ade islamic windows bawah Amanah account. Tapi akhir 2012, diwarwarkan HSBC UK nak remove Islamic windowsnye dgn alasan tak sehaluan dengan misi HSBC UK. Tapi sampai la ni, akaun HSBC saya tak remove account saya. Baru baru ni pun kuar citer HSBC bersekongkol ngan zionis, menyebabkan saya kurang minat ngan HSBC UK.

    So awai2 untuk emergency saya bukak lagi satu akaun kat LLyods in 2013 (account Amanah), in case HSBC buat hal. Saya recommend LLyods - mudah berurusan compare dengan HSBC. HSBC ketat die punye screening untuk buat account. byk tanya diorang ni.

    Yang lain Natwest, Halifax, Santander, etc....rasanya sampai skang masih perbankan konvensional. Bule google je kat tenet kalau nak tau polisi bank tu ada islamic windows ke tak. Seelok2nya bagi yang muslim, amik la yang islamik banking untuk elak riba. Yup, maybe bank konvensinal tu ada byk tarikan, dari segi percent interest and discount for student, but elak la riba dari mengotori wang yang korang akan gune untuk makan minum sepanjang korang kat UK ni. kurang berkat nanti.

    ReplyDelete
  4. Anonymous:
    Wasalam.

    I'm agreed with your opinion.
    Xde makna duit banyak dalam bank, tapi semua tu datangnya dari hasil riba.

    Nanti apa saja yang kita makan minum jadi darah daging. Mengalir dalam badan seumur hidup.
    Berkat, dan halal haram, berpisah tiada.

    ReplyDelete

Terima kasih. Thank you. :)