Monday 21 March 2016

PNR: Teaser 3



[ PNR: Teaser 3 - 10 Minit ]
- m/s xx -


=====
"Kau cuma ada 10 minit." Amaran keras itu membenak anak telingaku.

"Apakah yang akan terjadi jika aku melepasi tempoh ini?"

"Siapa tahu?"

Tangan itu masih berlumuran darah. Darah yang masih segar, mengalir seperti arak. Langkahnya kian perlahan. Memapah rakan sepasukannya, Max yang cedera parah. Max yang tidak mampu menggerakkan kakinya, berada dalam separa sedar. Max tahu bahawa inilah saatnya Malaikat Maut mula mendampinginya. Menyaksikan saat-saat terakhir kehidupannya.

Laluan terowong itu kian suram, seperti tiada penghujungnya. Terowong itu kelihatan seolah-olah penghubung antara dua dunia - dunia realiti dan fantasi. Mat dan Max menuju ke hadapan mereka, mencari sinar cahaya di sebalik kegelapan. Berbekalkan sebiji tanglung kecil yang kehabisan minyaknya, mereka berdua terus berjalan. Kedengaran bunyi peluru senapang patah di belakang mereka. Mereka tahu, misi ini bakal menemui jalan buntu. Tiada lagi amunisi tambahan. Malah, peralatan mereka sudah tidak dapat lagi digunakan. Kehabisan peluru dan kecederaan yang dialami seorang orang, sudah tentu menjatuhkan moral mereka.

Mat tahu misi ini bukan sebarang misi. Misi ini sangat bermakna untuk masa depan mereka, sebagai ahli Battalion Harimau Muda ke-320. Misi terpenting sejak penubuhan kumpulan ini beberapa tahun lalu. Misi kelas S. Mereka yang berjaya menyiapkan dan melaksanakan misi ini dijamin untuk kenaikan pangkat dan ganjaran lumayan. Kematian menanti mereka yang gagal.

Max masih bergelumang dengan kakinya yang berlumuran darah. Dia memaksa dirinya untuk berjalan. meskipun secara mengesot, dengan kaki kirinya. Dia mula mengeluarkan kata-kata berbentuk penyesalan. Semacam dia menyumpah dirinya sendiri. Carutan dan penyesalan silih berganti.

"Mat, tinggalkan aku. Nampaknya aku telah melambatkan kau."
"Jangan begitu, Max. Kita kan rakan seperjuangan, Ingatkah kau akan sumpah Battalion itu - kita adalah satu keluarga, dan setiap orang harus melindungi ahli keluarga mereka?"
"Tengoklah aku. Tempeng kaki kanan. Apa yang boleh aku buat selepas ini? Menjaja di tepi jalan? Penjual tiket?"

Kedua-duanya tergelak.

====

"Tuan, sudah tiba masanya."

"Baiklah"


Lelaki itu bermonolog dalam hiba:
"Maafkan daku, kalian. Aku akan semadikan kalian dengan tembakan 21 das. Moga kau tenang di sana."

Seorang pegawai berpangkat Leftenan Muda mendekati lelaki berpangkat Kapten itu.

"Tuan, segala persiapan berjaya disediakan."

Sebuah walkie-talkie diserahkan kepada Kapten.
"Lakukannya."

"Baik, kapten!" Suara seorang komander kedengaran di bibir walkie-talkie itu.

====

Boom! Shing! Grrr!

Boom! Boom! Boom!

Letupan berantai. Satu letupan kecil mencetuskan susulan letupan lain secara bersiri.

"Nampaknya kita tak sempat, Max."
"..."

"Max?"
"..."

"Woi, Max! Bangunlah. Janganlah kau mati di sini, sekarang!"
"..."

"Max!"

Terowong itu mula menampakkan kegelinciran. Gemaan letupan itu menyebabkan struktur torowong menjadi tidak stabil. Permukaannya menunjukkan tanda rekah,

"Max!"
"Mat, boleh kau tolong aku?"

"Fuh, aku ingatkan kau dah mati. Apa dia?"
"Tolong serahkan surat ini kepada dia."

Max menghulurkan sepucuk kertas. Kertas itu, renyuk, tetapi masih kemas keadaanya,

Rekahan itu makin bertambah buruk. Terowong yang disangka bertahan lama, akhirnya menampakkan kelemahannya. Ia ciptaan manusia - fakta itu tidak boleh dinafikan.

Apa yang diciptakan manusia, akhirnya musnah di tangan manusia juga.

"Mat, jangan lupa. Serahkan kertas itu."

Tiba-tiba, serpihan batu-bata mula menerpa ke tanah. Torowong itu menunjukkan saat keruntuhannya.

Satu serpihan besar jatuh menuju ke atas kepala Mat dan Max.

"Hati-hati!"

Suara kedua-duanya tenggelam dalam timbunan batu.

====

Tangan itu dipegang erat, Tangan yang asalnya berlumuran darah, tidak dapat lagi digerakkan.

"Max!"

"Max!"

"Max!"

Pemuda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya 3 tahun yang lalu, tidak lagi bernafas. Kedua belah kakinya tersepit dalam celahan batu. Dia menahan terjahan batu dari arah atas. Badannya dihempap batu. Di bawahnya, Mat yang terbaring, mula menunjukkan riak wajahnya yang cemas. Terperanjat. Terkaku, Diam,

Max melihat muka Mat, yang berada di hadapannya dengan keadaan gembira.

"Max, dalam saat begini, kau masih tersenyum?"

Soalan itu tiada jawapannya.

Suratnya, masih dipegang erat tangan kanan Mat.


(bersambung)

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Terima kasih. Thank you. :)