Jurnal Usia

Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.

Dengan lafaz Bismillah, penulis ingin mengumumkan bahawa buku pertama penulis bertajuk 'Jurnal Usia', berjaya diterbitkan dan dilancarkan di Pesta Buku Kuala Lumpur (PBKL) 2015.


Buku ini menceritakan suka duka pengalaman penulis sewaktu berada di United Kingdom (UK). Berada di persekitaran asing. Islam adalah kumpulan agama minoriti. Kejutan budaya. Rakan seflat penulis yang bukan Islam.

Semuanya dirangkapkan melalui bait-bait puisi dan nota kaki.

Insya Allah, penulis sedang dalam usaha untuk menulis perihal penuh, yakni 'Di Sebalik Tabir... Jurnal Usia.' sebagai pelengkap kepada buku ini.

Moga kalian dapat mendapat intipati bermakna dan menghayati kisah yang tercatit dalam Jurnal Usia.
Khas! Stok terhad.

Ingin mendapatkannya?
Sila nyatakan butiran anda dan emelkan pada mujahidmuda13@gmail.com

Buku tersebut boleh diperolehi melalui tempahan atau secara dalam talian.

Terima kasih, kepada semua pihak, khususnya kepada saudara Norshah Aizat (Shahkang), Ahmad Fadhlil (Fadh Razy), penerbit Iman Publication dan gerakan penulis GKLN.

Harap anda terhibur membacanya.

h.n.

Butiran Jurnal Usia
Penerbit: Iman Publication
Pengarah: Grup Karyawan Luar Negara (GKLN)
Penulis: Haniff Nasir
Genre: Non-Fiksyen
Jenis: Antologi Puisi/ Sajak

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. Thank you. :)